Tuesday, December 13, 2011

Wakaf Johor...

Kepada sesiapa yang ingin menambah saham akhirat.. mby x tau camne nak carikan... myb juga malu nak bsedekah... ade satu cara... bolehlah lawati http://www.e-wakafjohor.gov.my

Ni antara info serba sedikit pasal wakaf johor :- 


Dengan skim ini berwakaf tidak hanya dilakukan oleh individu tertentu yang mempunyai harta dan kemampuan kewangan sahaja. Malah sesiapa sahaja boleh melakukan ibadah wakaf dengan nilai RM10 bagi satu unit saham.
Antara kelebihan membeli saham wakaf melalui e-wakafjohor.gov.my:
  1. Nilai minimum RM10 seunit.
  2. Saham boleh dibeli untuk diri sendiri, untuk keluarga, saudara mara atau individu yang telah meninggal dunia.
  3. Kemudahan pembayaran yang berintegrasi dengan kebanyakkan bank yang menyediakan sistem perbankan online. (Financial Process Exchange -FPX).
  4. Pewakaf mempunyai akaun di e-wakafjohor.gov.my untuk melihat jumlah saham yang telah dibeli dan pewakaf juga boleh menambah jumlah saham yang dibeli menggunakan akaun yang sama di semua kaunter Pejabat Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  5. Resit dah Hujah Wakaf akan diposkan ke alamat yang didaftarkan dalam tempoh 3 hingga 7 hari waktu bekerja.
  6. Resit Saham Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah sah untuk pelepasan cukai pendapatan. PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN (no.Rujukan: JHDN.01/35/42/51/179-93-97).
  7. Insya'ALLAH akan mendapat RAHMAT ALLAH S.W.T. 

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH (WAKAF), ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya." (Hadis Riwayat Muslim )





No comments: