Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.
Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa
tahun-tahun kesuburan mereka.
Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel
otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di
mana dari situlah ia mendapat namanya.
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara
perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.
Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah
mencetuskan kontroversi.
Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi
iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.
* Tidak pernah mengandung
lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk,
berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.
“Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat
fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami
simptom-simptom.
“Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit
sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh
tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau.
Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk
keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada
infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan
kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa
bersalin.
Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi
malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.
* Diagnosis
Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom
seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani
pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.
“Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh
dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.
“Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh
membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,”
Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa
tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia
adalah mahal.
Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu
keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.
Katanya: “Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen
mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan
dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.”
* Jenis-jenis fibroid
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada
sesetengah kes, rawatannya.
- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan
masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding
uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak
menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu
organ-organ lain.
- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous
mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan
kesakitan yang amat sangat.
- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa
haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan
pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya
semasa kehamilan.
- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong
uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang
berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ
lain.
* Waktu sesuai merawat fibroid
“Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang
dijelaskan tadi.
“Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita
ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu
dirawat atau mencari peluang mengandung,” kata Dr.
Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu
mendapat anemia.
Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada
simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi
wanita hamil.
Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita
lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.
Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita
itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot
kerana kewujudan fibroid itu.
Dr. menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar
di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita
muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.
Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan
untuk melengahkan pembedahan.
“Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid
perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai
mengikut keadaan pesakit,” ujarnya lagi.
* Rawatan fibroid
Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.
- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir
menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak
banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.
- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan
fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses
dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.
Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas
bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal
rahim.
- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan
bagi mengeluarkan fibroid.
Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua
insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di
garisan abdomen.
Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil
masa yang lama dan cukup mencabar.
- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi
di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara
ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.
Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini
untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.
- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan
wanita serta lain-lain faktor.
Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana
rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.
* Nasihat pakar
Dr. menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat
rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri
dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.
Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala
untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar
juga berbahaya bagi wanita.
Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan
yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih
sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.
No comments:
Post a Comment