Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh
diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku.
Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan
tanda penyakit.
Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.
1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu sebur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.
3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.
4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
Rawatan Alternatif atau Rawatan Antibiotik ?
Masakini terdapat 2 cara yang memang berbeza untuk merawat
keputihan, iaitu secara rawatan semulajadi ataupun rawatan konvensional seperti
penggunaan antibiotik.
Untuk pengetahuan anda, masing-masing ada kelebihannya. Namun kedua-dua rawatan ini boleh kita guna untuk merawat keputihan. Ia terpulang pada diri masing-masing.
Untuk pengetahuan anda, masing-masing ada kelebihannya. Namun kedua-dua rawatan ini boleh kita guna untuk merawat keputihan. Ia terpulang pada diri masing-masing.
No comments:
Post a Comment