Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang
berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu
akan dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal
pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui
simptom keputihan itu :
1-Simptom 1
-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau
dan gatal di vagina
-Penyebabnya ialah kulat Candida sp
-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan
menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli
2-Simptom 2
- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan
berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit
semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta
gatal.
-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis
dan Enterobiasis
-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit
kelamin
3-Simptom 3
-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur
darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat
luka.
-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda
tanda awal pra kanser rahim.
Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan
1-Pada masa yang subur
-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan
hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari
biasa.
2-Ketika hamil
-Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan
pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan
persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk
melahirkan.
3-Saat terangsang
-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita
terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang
membantu saat melakukan hubungan seksual.
4-Berat badan yang berlebihan
-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha
dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat
membiak dan keputihan akan terjadi.
5-Minum/memakan antibiotik dalam dos
tinggi
-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas
menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik
yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan
merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria
berkembang baik dan menyebabkan keputihan.
No comments:
Post a Comment