Khasiat Duri tujuh
Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.
Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.
(gambar copy dr blog sape ek???... lupa daa... mintak izin tempek pic ni kat blog ni ye.. )
Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.
Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my
Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
Cara menanam:
· Mudah
ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk.
· Boleh
membiak melalui biji benih.
·
Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula
tumbuh semula apabila air mencukupi.
·
Daunnya rangup dan sedikit berlendir serta boleh dijadikan ulam atau
salad.
No comments:
Post a Comment