Sunday, December 18, 2011

Orang Yang Allah S.W.T. Benci


Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah S.W.T. membenci seorang yang keras hatinya, seorang yang banyak makan, seorang yang menjerit-jerit di pasar, seorang yang seumpama mayat di waktu malam (kerana banyaknya tidur), seumpama keldai di waktu siang (kerana sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia) dan seorang yang berpengetahuan mengenai perkara dunia tetapi jahil mengenai perkara akhirat."
Hadith riwayat Ibnu Hibban
Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,
"Tiga jenis orang ini pada hari kiamat Allah S.W.T. tidak akan berkata-kata dengan mereka, tidak akan dipandang dengan rahmatNya dan tidak akan disucikan dosa-dosanya, dan dia akan diazab dengan azab yang pedih."
Nabi s.a.w. berkata sebanyak tiga kali. Hadzat Abu Zar r.a. berkata, "Ya Rasulullah, mereka semua gagal dan kerugian? Siapakah mereka itu ya Rasulullah?" Nabi s.a.w. bersabda,
"Mereka ialah orang yang memakai pakaiannya lebih daripada buku lali. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang bersumpah palsu dalam urusan jual belinya."
Hadith riwayat Muslim

No comments: