"Jika seseorang hamba berucap, maka Allah S.W.T. pasti akan menyoalnya tentang ucapannya itu, bahawa apakah niat dan tujuan ucapannya itu."Ja'far rahmatullah 'alaih berkata: Hadrat Malik bin Dinar rahmatullah 'alaih bilamana menceritakan hadith ini, maka dia akan menangis sehingga terputus-putus suaranya. Kemudian dia akan berkata: Orang menyangka bahawa dengan menceritakan hadith ini mata aku akan sejuk. Yakni aku akan gembira dengan menceritakan hadith ini. Aku tahu Allah S.W.T. pasti akan menyoalku: Apakah tujuan dan niat kamu dalam menceritakan hadith ini.
Hadith riwayat
Baihaqi
No comments:
Post a Comment