Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.
Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman
(veneral disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang
dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah
kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian
peranakan.
Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran
keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam
kesuburan mereka di masa hadapan kelak.
1. Peranan lendir di dalam faraj
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak
semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang
biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan
tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar
lendir.
Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.
Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.
Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.
Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh
paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita.
Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan
saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut ,
menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal
rahim.
Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita
hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron
meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan
dari biasa.
Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap
sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau
bimbang.
Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku
kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau
kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan
memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga
boleh berlaku.
Sifat lendir yang normal
Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan
itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa
gatal.
3. Keputihan sebagai tanda penyakit
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan
sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian,
pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah,
seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj.
Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur
darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada
sejenis jangkitan kuman berlaku.
4. Jenis-jenis jangkitan kuman,gejala & komplikasinya
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan
saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj
tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu
membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di
antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah
kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.
Bacterial vaginosis (BV)
Selalunya berlaku kepada 10-30% wanita dalam usia
reproduktif mereka. Di dalam faraj seseorang wanita terdapat bakteria baik
(lactobacillus) yang bertugas mengimbangi keadaan asidik sejurus memberi
pelindungan dalam faraj dari bakteria yang berbahaya. BV terhasil apabila
bakteria jahat seperti Gardnerella vaginalis dan genital mycoplasma tumbuh lebih
banyak dari bakteria baik lactobacillus. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat
BV termasuk wanita yang muda (remaja), pengamal vaginal douching (kerap membasuh
faraj dengan air atau sabun), IUCD (alat mencegah mengandung dalam rahim) dan
mereka yang mempunyai ramai pasangan seks.
50% daripada BV tiada gejala. Bagi mereka yang mengalami gejala, selalunya akan mempunyai lendiran putih-keputihan yang banyak dan berbau busuk. Gejala ini lebih teruk selepas hubungan seksual atau selepas haid. Faraj dan kawasan kemaluan selalunya tidak bengkak.

Candida Albican (Kulat)
Dua pertiga dari wanita akan mengalami masalah ini.
Majoriti organisma yang bertanggung jawab adalah sejenis kulat (Candida
albican). 50% dari mereka yang berjangkit mengadu gatal di bahagian faraj
(Pruritis). Lendiran putih pekat (seperti dadih), tidak berbau dan menyebabkan
faraj melecet dan sakit semasa hubungan kelamin. Wanita yang berisiko adalah
yang mengandung, mempunyai kencing manis ataupun mengambil antibiotik bagi
jangkamasa yang panjang.
Chlamydia trachomatis
Penyakit ini kerap menjangkiti pesakit yang berumur 25
tahun ke atas. Organismanya bukan bakteria atau virus tetapi suka tinggal di
dalam sel-sel faraj pesakit. Penyakit ini boleh menjangkiti salur kencing dan
pangkal rahim termasuk konjuktiva, mulut dan tekak. Ia merupakan pesakit kelamin
yang boleh membawa kepada kesukaran mengandung.
Simptom dan tanda-tanda.
Lendiran bernanah, sakit bahagian ari-ari, pendarahan
selepas hubungan seks, pendarahan di antara dua haid dan radang serviks adalah
antara simptom-simptom penyakit ini. Walau bagaimanapun, kebanyakkan wanita
tidak mengalami apa-apa tanda.
Komplikasi
Chlamydia Infeksi boleh 'naik' ke dalam rahim
menyebabkan radang pangkal rahim,rahim, tiub dan alat kelamin wanita. Pesakit
juga akan mengalami sakit di bahagian ari-ari dan perut yang kronik. Tiub
saluran Fallopian boleh tersumbat menyebabkan mengandung luar rahim atau
ketidaksuburan.
Nesseria gonorrhoea
Gonorrhoea adalah penyakit kelamin yang disebabkan oleh
organisma N. Gonorrhoea. Pesakit selalunya tidak mempunyai simptom tetapi bagi
mereka yang bersimptom, akan mengalami lendiran faraj yang selalunya banyak,
bernanah dan sakit di bahagian ari-ari. Kadangkala mereka mengalami pendarahan
faraj selepas haid atau selepas hubungan seks. Komplikasi jangkitan semasa
mengandung boleh membawa kepada kelahiran pra-matang.
Komplikasi
Komplikasi sama seperti Chlamydia. Jangkitan dari faraj
boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan radang pangkal rahim, rahim dan tiub.
Ia boleh menyebabkan tiub rosak dan tersumbat. Ini boleh membawa kepada
komplikasi mengandung luar rahim dan ketidaksuburan.
Trichomonas vaginalis (T.V.)
T. vaginalis adalah penyakit kelamin yang melibatkan
hingga 30% wanita yang aktif seks di negara-negara membangun. Organisma yang
bertanggung jawab adalah protozoa yang hanya terdapat di dalam faraj wanita.
Seseorang yang mendapat infeksi T.V. akan mengalami bengkak faraj, lendiran yang
berwarna hijau (atau apa-apa warna) yang berbuih. Infeksi tersebut boleh merebak
ke dalam rahim menyebabkan bengkak pangkal rahim, rahim, tiub dan radang alat
kelamin. Pesakit juga boleh mengalami gatal faraj dan di bahagian kemaluan.
Simptom selalunya lebih teruk semasa haid atau sejurus selepas haid.
Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang
sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi
ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber
penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.
info dari : http://klinikkeputihan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment