PROSES KEJADIAN
MANUSIA MENURUT AL-QURAN
PERINGKAT SATU
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula
selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya
percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan :
2
" Sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami
(hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia
mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal
perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam
sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj
berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan
tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia
daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah
menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta
menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf,
tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan
daging.
A- Sperma
B-Sperma menembusi ovum
PERINGKAT
KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah
pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang
sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu
Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami
mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan
alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata
kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah.
Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu
pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT
KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku
pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam
al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan
darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan
otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem
pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini
mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk
perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu
bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT
KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila
tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka
tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami
mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam
dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula
satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak
dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan
saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan.
Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air
kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga
mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu
kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin pada usia 12
minggu
PERINGKAT
KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR
: Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu
kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi
embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang
janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada
bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel
bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.
Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi
sahaja.
Janin mendapat makanan melalui
uri
PERINGKAT KE
ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat
peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad
yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku
selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah
organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.
Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal
semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan
kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah
al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk
meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment