Khasiat Duri tujuh
JARUM tujuh bilah
dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk
ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini
mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus
paling primitif dalam keluarga kaktus.
Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati
dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang
agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.
Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan
iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir
menyerupai pokok parisan.
Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah
dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing
tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.
(gambar copy dr blog sape ek???... lupa daa... mintak izin tempek pic ni kat blog ni ye.. )
Kegunaan:
Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser
terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
Ada tiga cara menggunakannya,
pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan
dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga
tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat ,
campurkan air dan jusnya diminum.
Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini
kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.
Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas
sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my
Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
Cara menanam:
· Mudah
ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk.
· Boleh
membiak melalui biji benih.
·
Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula
tumbuh semula apabila air mencukupi.
·
Daunnya rangup dan sedikit berlendir serta boleh dijadikan ulam atau
salad.