Sunday, December 18, 2011

Mencari Rezeki Bukan Untuk Berbangga


Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-bangga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama, walaupun dengan cara yang halal, dia akan bertemu Allah S.W.T., dalam keadaan Allah S.W.T. akan sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga, maka pada Hari Kiamat dia akan bertemu Allah S.W.T. dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama."
Hadith riwayat Baihaqi

Keredhaan Allah atau Keredhaan Manusia


"Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah S.W.T., maka Allah S.W.T. murka terhadapnya dan Allah S.W.T. akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah S.W.T. itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah S.W.T. dan menyebabkan manusia murka, maka Allah S.W.T. akan menyukakannya dan Allah S.W.T. akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakannya kerana menyukakan Allah S.W.T. Sehingga Allah S.W.T. akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah S.W.T. akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai."

Hadith riwayat Tabrani dan Majma uz Zawaid

Tamak Harta dan Gila Glamor Merosakkan Agama

Dari Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Dua serigala kelaparan yang dilepaskan pada satu kumpulan kambing tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudaratan pada Agama yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untuk menjadi orang yang berpengaruh."
Hadith riwayat Tirmizi

Setiap Perkataan Akan Disoal

Dari Hasan rahmatullah 'alaih meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Jika seseorang hamba berucap, maka Allah S.W.T. pasti akan menyoalnya tentang ucapannya itu, bahawa apakah niat dan tujuan ucapannya itu."
Ja'far rahmatullah 'alaih berkata: Hadrat Malik bin Dinar rahmatullah 'alaih bilamana menceritakan hadith ini, maka dia akan menangis sehingga terputus-putus suaranya. Kemudian dia akan berkata: Orang menyangka bahawa dengan menceritakan hadith ini mata aku akan sejuk. Yakni aku akan gembira dengan menceritakan hadith ini. Aku tahu Allah S.W.T. pasti akan menyoalku: Apakah tujuan dan niat kamu dalam menceritakan hadith ini.

Hadith riwayat Baihaqi

Cinta Dunia dan Takut Mati...


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih-buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”
Hadis riwayat Abu Daud

Bekalan Untuk Balik Kampung... :)


Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 
"Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang salih yang ditinggalkan, Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir di perjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya (ini berupa wakaf yang berkekalan untuknya)."
Hadith riwayat Ibnu Majah

POKOK DURI TUJUH


Khasiat Duri tujuh 

JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus.
Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.
Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan.
Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.

(gambar copy dr blog sape ek???... lupa daa... mintak izin tempek pic ni kat blog ni ye.. )

Kegunaan:
Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.
Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.
Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my
Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.


Cara menanam:
· Mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk.
· Boleh membiak melalui biji benih.
· Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi.
· Daunnya rangup dan sedikit berlendir serta boleh dijadikan ulam atau salad.