Hehehe
Segala maklumat didalam blog ni adalah dari buku2, pengalaman, ceramah dan internet. Ada juga diambil dari blog2 yang dah tak ingat sape punya blog.. Harap tuan blog tu halalkan ilmu yang hendak dikongsikan ini. Sesiapa yang nak copy segala maklumat didalam blog ini adalah dialu-alukan. Sama-sama kita berkongsi cerita.. berkongsi ilmu.. dan mencari ilmu.... untuk rujukan di dunia dan bekalan di akhirat...
Wednesday, January 4, 2012
Jeng Jeng....
Hehehe
Label:
Me n you I luv U
Wednesday, December 28, 2011
Fibroid lagi??.. petikan dr doctor hamid arshat pakar sakit puan...
MENGAPA WANITA TUMBUH
FIBROID?
Umur
empat puluhan merupakan umur yang penting bagi seseorang wanita kerana dalam
jangka waktu ini banyak perubahan yang berlaku sama ada perubahan jasmani,
mental, emosi atau rohaniah. Kali ini, saya ingin membincangkan satu aspek
perubahan jasmani yang boleh mengancam atau menjejaskan kesihatan seseorang
wanita yang menjangkau umur empat puluhan. Saya percaya ramai di kalangan mereka
yang berumur dalam lingkungan empat puluhan bersetuju dengan saya bahawa dalam
peringkat ini mereka mengalami berbagai-bagai perubahan. Salah satu daripada
perubahan itu ialah gangguan haid.
Pelbagai Gangguan
Haid
Pelbagai gangguan haid boleh berlaku sama ada haidnya berjalan secara tidak teratur atau secara teratur tetapi keluar dengan banyak serta berpanjangan. Ada pula yang mengalami masalah sakit (senggugut) ketika turun haid dan darahnya keluar berketul-ketul sehingga badannya menjadi lemah disebabkan kehilangan darah yang begitu banyak. Ada pula yang diganggu oleh perjalanan haid yang tidak betul seperti keluar tidak tentu masa dan sedikit demi sedikit serta berpanjangan pula. Ada pula yang tidak keluar haid selama beberapa bulan dan apabila keluar, wanita itu mengalami pendarahan yang begitu banyak serta berpanjangan. Ada pula yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid seperti keluar sekali dalam dua atau tiga bulan dengan sedikit sahaja. Bagi mereka yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid ini selalu berasa bimbang sama ada dia akan mengalami putus haid (menopaus) atau tidak. Ada sesetengah wanita pula mengalami masalah turun darah selepas melakukan persetubuhan dengan suami. Ini mungkin menandakan sesuatu yang berbahaya seperti ketumbuhan besar.
Pelbagai gangguan haid boleh berlaku sama ada haidnya berjalan secara tidak teratur atau secara teratur tetapi keluar dengan banyak serta berpanjangan. Ada pula yang mengalami masalah sakit (senggugut) ketika turun haid dan darahnya keluar berketul-ketul sehingga badannya menjadi lemah disebabkan kehilangan darah yang begitu banyak. Ada pula yang diganggu oleh perjalanan haid yang tidak betul seperti keluar tidak tentu masa dan sedikit demi sedikit serta berpanjangan pula. Ada pula yang tidak keluar haid selama beberapa bulan dan apabila keluar, wanita itu mengalami pendarahan yang begitu banyak serta berpanjangan. Ada pula yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid seperti keluar sekali dalam dua atau tiga bulan dengan sedikit sahaja. Bagi mereka yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid ini selalu berasa bimbang sama ada dia akan mengalami putus haid (menopaus) atau tidak. Ada sesetengah wanita pula mengalami masalah turun darah selepas melakukan persetubuhan dengan suami. Ini mungkin menandakan sesuatu yang berbahaya seperti ketumbuhan besar.
Saya ingin menekankan di sini, bahawa gangguan haid
pada wanita dalam umur sekitar empat puluhan atau lebih, boleh menandakan
penyakit yang sangat berbahaya dan ditakuti seperti kanser pangkal
rahim.
Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada kaum wanita, jika
dia mengalami masalah-masalah yang saya nyatakan di atas, eloklah dapatkan
nasihat dan pemeriksaan daripada doktor mereka atau daripada pakar sakit
puan.
Gangguan
Haid Boleh Menandakan Ketumbuhan Dalam Rahim
Gangguan
haid yang berbagai-bagai bentuk boleh menandakan sesuatu penyakit dalam rahim.
Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan empat puluhan, penyakit yang sering
menyebabkan gangguan haid ialah ketumbuhan daging pada dinding rahim, iaitu
ketumbuhan yang dinamakan fibroid. Walau bagaimanapun, ada penyakit-penyakit
lain yang lebih ditakuti seperti kanser pangkal rahim, kanser rahim dan
ketumbuhan lain seperti endometriosis, adenomysis dan jangkitan kuman di dalam
perkakas peranakan.
Bagaimanapun, saya hanya akan membincangkan tentang fibroid kerana saya percaya,
bahawa ini merupakan ketumbuhan dalam rahim yang paling sering menyerang wanita.
Walaupun, ketumbuhan fibroid sering berlaku, namun tidak kesemua ketumbuhan ini
menimbulkan masalah dan kadang-kala seseorang wanita tidak sedar dia mempunyai
ketumbuhan tersebut sehingga akhir hayatnya kerana ketumbuhan itu tidak
menimbulkan apa-apa tanda ataupun gejala yang boleh mengancam
kesihatannya.
Apakah
Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan
fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada
lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar
ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan
otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika
seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran
sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah
bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun,
ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang
mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu
penyambung.
Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering
berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka
sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar
bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan
tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman
bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”.
Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur
dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
Mengapa Tumbuh
Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada
lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui,
dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada
satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita
sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi
tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan
fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu
kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan
wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi
sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di
kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di
samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu
sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan
berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran
rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah
diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait
rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak
juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di
kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan
setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau
lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan
beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan
haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan
fibroid.
Fibroid Akibat
Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi
tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan
oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini
mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada
gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan
mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan
hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan
mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid
seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada
rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang
bekerja.
Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini
dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan
kuman.
Apakah
Gejala-gejala Fibroid?
Fibroid
mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa
menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada
wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa
menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk
mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika
ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak
memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang
hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak
menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang
kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid.
Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh
estrogen. Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke
tahap yang sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan
ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.
Gangguan
Haid
Saya
telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid
ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan
kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh
menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita
itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan
kesihatannya.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak
dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap
penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid
jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak
teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya.
Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami
masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor,
khususnya doktor pakar sakit puan.
Masalah
Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid
boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan
wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun
kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor
pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim.
Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh
mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh
mengandung.
Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid
terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran
ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah
kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.
Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan
tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung
dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang
dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan
degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan
fibroid pada rahim.
Fibroid Boleh
Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
Fibroid Dan
Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita
yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang
melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu
dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih
buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah
pembedahan.
Apakah Fibroid Perlu
Dirawat?
Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat
ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan
fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau
daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh
mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha
yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya
kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.
Fibroid Dirawat Secara
Pembedahan
Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
Bagi
wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami
masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana
ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan
myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu,
pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita
itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan
myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola
tennis.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi,
kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh
semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu
lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang
sekaligus.
Pembedahan Untuk
Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan
yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang
tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai
bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun
dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah
pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu
pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama
seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih
kepada keadaan sediakala.
Ramai
juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana
ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka.
Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap
penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu
memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk
mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi
untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang
melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga tidak penting bagi menentukan
hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan,
tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak
mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan
berhenti.
Kejelitaan
Dipengaruhi oleh Hormon
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.
Ketumbuhan
fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya
dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut
akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan
dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj
dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung
dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal
hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam
hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran
berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan
untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan
menjadi lebih kukuh lagi.
Akhir
kata, saya ingin menekan sekali lagi, bahawa fibroid adalah ketumbuhan yang
paling sering berlaku di dalam rahim wanita tetapi puncanya tidak diketahui. Ia
bukan ketumbuhan kanser dan jarang menyebabkan kematian tetapi ia boleh
menimbulkan beberapa gejala termasuk gangguan haid,
kekurangan darah, ketidaksuburan, gangguan perkencingan dan sebagainya.
Setakat ini tidak ada ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan ini. Rawatan yang
mutlak baginya ialah pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut sama ada
ketumbuhan itu disertai dengan pembuangan rahim atau hanya pembuangan ketumbuhan
sahaja. Umur empat puluhan ialah tahap umur yang sering diserang dengan masalah
ketumbuhan fibroid.
Oleh
itu, saya ingin menyeru sekali lagi supaya wanita perlu bertemu dengan doktor
pakar sakit puan untuk dapat pemeriksaan, khususnya mereka yang mempunyai
masalah yang saya nyatakan di atas.
Celupan Allah
Pernah, satu masa seorang Badwi menjadi mulia. Sang Nabi S.A.W pedoman murni
mengagih-agih harta rampasan perang dan Badwi menolaknya. Katanya, aku tidak
berjuang untuk semua emas dan perak. Jerihnya bukan untuk disanjung, susahnya
bukan mahu didokong.
Sambil menunjukkan ke lehernya, katanya, "Aku hanya berjuang agar anak panah
musuh dibenam dalam tengkukku ini, duhai Rasulullah."
Jelas. Tegas. Ikhlas.
Jawab Rasulullah S.A.W, "Kalau itu yang kamu mahu, moga Allah sampaikan
hasratmu."
Kemudian terjadilah lagi peperangan. Berjuanglah para Mukmin mencari syahid,
mencari syurga tertinggi langit. Syahadah, yang menjadi janji dengan Allah kini
ternampak kesannya. Di medan tarung itu menjadi ramailah manusia yang percaya
dan memuncak cintanya.
Seusai jihad, Muslimin mencari Sang Badwi. Ternyatalah telah tembus anak
panah musuh di tengkuknya. Badwi telah syahid, terjumpa syurga tertinggi langit.
Manusia-manusia yang tercelup dengan celupan Allah itu luar biasa. Cintanya
mendasar dalam dan rindunya memusat dendam. Dia bercinta dengan Tuhan, dan
cintanya sangat dahsyat. Merasakan kebersamaan Allah dalam setiap inci
kehidupannya,dan merindui Allah pada waktu lupanya. Di saat-saat susah dia
mencari Allah. Pada waktu-waktu bahagia dia memuji Yang Maha Kaya.
Firman-firman Allah S.W.T, penguasa sekalian manusia,
“Celupan Allah
yakni agama Islam, dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan
kepada-Nya kami menyembah.” (Al-Baqarah:138)
"Dan di antara
manusia yang menyembah Tuhan selain daripada Allah, mereka mencintainya, memuja
dan mentaatinya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang
beriman itu sangat besar cinta mereka kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang
yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada
hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya
milik Allah, dan bahawa Allah sangat berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak
melakukan kezaliman itu)." (Al-Baqarah:165)
Dan menjadi resam, setiap yang bercinta itu berkorban. Kau sudah tahu cerita
Taj Mahal dan Shah Jahan. Kini aku mahu berkisah tentang seorang sahabat namanya
Mus'ab bin Umair. Sebelum Islam, beliau pembuat hati menjadi cair. Terlalu
tampannya Mus'ab, sehingga para gadis tergila-gilakannya. Popular. Kaya. Dia
yang paling ideal, paling sempurna.
Setelah beliau memeluk Islam, beliau syahid di medan Uhud. Saat dia mahu
dikapankan, kainnya tidak cukup panjang. Ditutup kepalanya terdedah kaki.
Ditutup kaki terdedah kepala. Lantas ditutup kepalanya dan diambil daun-daun
kering untuk menutup kakinya.
Itu harganya cinta, teman. Cinta untuk Tuhan. Oh, apa sahaja yang sanggup aku
dan kau korbankan? Bila pula kali terakhir aku dan kau meredam cinta-cinta yang
memberhala di jiwa, selain cinta dengan Allah? Ujar para pentafsir, celupan
Allah itu agama.
Ayuh, kita beragama. Menjaga solat yang lima. Istiqamah dalam membaca
al-Quran. Khusyuk dalam rukuk. Menghamba di dalam sujud. Membasah lidah dengan
zikrullah. Mencari teman-teman pengingat Allah. Menjadi sibuk dengan
kuliah-kuliah. Berdoa, penuh mendesah. Tahajjud, menghapus salah. Dalam jutaan
warna yang boleh kau corakkan jiwamu, warnakanlah dengan celupan Allah Yang
Satu. Moga akhirnya mati sebagai pemenang.
Glosari
1) Meredam=Menahan
2) Mendesah=Berbicara dengan perlahan
Label:
Motivasi Diri
5 Punca Mata Anda Cepat Letih
Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang
menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.
Antaranya ialah:-
1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau
melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih
keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk.
Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali
menyambung tugasan.
2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda
sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu
bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan
nasihat daripada pakar.
3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan
otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan
menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah
dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain
telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata
anda untuk bekerja lebih masa.
5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan
meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk
tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata
anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.
Label:
sayangi mata anda...
Bila Izrail melakukan tugas....
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Cinta Allah Sumber Kekuatan Luar Biasa
Makanan roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada selain Allah, maka binasalah roh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi roh. Badan itu akan hancur, tetapi roh tetap hidup.
Roh sepatutnya menjaga dan mengawasi semua anggota badan. Pastikan setiap inci pergerakannya selari dengan kehendak Allah. Anggota tidak akan bertindak selagi kita (roh) tidak mengarahkannya. Saya lebih sesuai menterjemahkan roh sebagai hati kerana hatilah memainkan peranan yang terpenting dalam melahir dan menzahirkan seni praktikal.
Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya Ulumuddin bahawa hati itulah raja yang segala anggota taat dan patuh kepadanya.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Nukman ibn Basyir r.a. sabda Rasulullah s.a.w., " Di dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila baiknya ia, maka baiklah jasad itu. Apabila jahat, nescaya jahatlah seluruh jasad itu. Ia adalah hati."
Demikian itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh membaikkan hati dan memelihara juga memuliharanya daripada segala bintik-bintik noda yang menghitamkan hati.
Keperluan badan manusia terbahagi kepada tiga sahaja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tetapi kemahuan badan yang ada pada seseorang untuk mendapatkan tiga perkara ini cenderung menyalahi akal dan melampaui batasan. Oleh itu, kemahuan ini perlulah disekat dan dibatasi dengan undang-undang syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Manusia pasti terpesona dan terpikat melihat warna-warni pelangi yang menghiasi dunia, tergodanya mereka dengan 'syurga' dunia yang menghancur dan membinasakan diri mereka akhirnya. Melainkan insan-insan bertuah yang diselamatkan Allah. Mereka berhati-hati supaya tidak tergoda. Pintalah keselamatan daripada Allah. Rayulah agar Dia memelihara kita daripada segala kejahatan, mungkin datang dari lubuk hati, atau nafsu, Syaitan, juga Syaitan manusia.
Usaha tidak terhenti di situ, kita mestilah berusaha memelihara hati dan diri daripada perbuatan haram yang akan mengotorkan hati dan langsung akan menjarakkan hubungan kita dengan Tuhan. Tuhanlah matlamat kita. Ke manakah kita sehari-hari? Menuju ke mana? Kalau bukan kembali kepada Pencipta, Allah al-Khaliq.
Manusia yang tidak menjadikan Allah sebagai matlamat kehidupannya akan menemui kegagalan dan kemuflisan dalam merencah rencah-rencah delima hidup ini.
Cinta kepada Allah merupakan sumber dan benteng kekuatan yang akan menghalang kita daripada terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Untuk menguatkan agar cinta kita tidak tergugat, perlulah ia dibajai dengan sifat-sifat yang mulia, terutamanya sifat zuhud.
Bagi membolehkan kita sampai ke matlamat yang sebenar demi kebahagian di dunia dan akhirat, perlulah kita memandang dunia ini dengan pandangan yang betul. Kenapa perlu berzuhud dengan dunia?
Zuhud
Zuhud dalam ertikata melihat dunia ini tidak lebih dari kepentingan Akhirat. Mencari hasil dunia jangan sampai lagha kepada Tuhan. Saya lebih sesuai dengan makna begini.
Kekayaan tidak menghitamkan keimanan selagi kayanya kita ini semata-mata kerana Allah Ta'ala. Namun sekiranya harta itu membuatkan kira semakin leka akan hakikat diri, sesungguhnya kekayaan itu bakal menghancurkan pemiliknya seperti anai-anai menghancurkan kayu.
Firman Allah, "Kekayaan telah melalaikanmu," ayat pertama dalam surah al-Takasur ini jelas larangan kekayaan yang menyebabkan kita lagha dan lalai kepada Allah. Adapun kekayaan yang dipentaskan oleh keimanan kepada Allah pasti akan menghasilkan hasil yang lumayan untuk ummah. Insya-Allah!
Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.h. menyimpulkan tipu daya dunia kepada penduduknya dengan pelbagai cara. Antaranya:
1. Ia berpura-pura kekal bersama kita. Hakikatnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan, " Selamat tinggal," kepada kita. Seperti bayang-bayang yang tampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.
2. Dunia ini berpusing-pusing seperti ahli sihir yang menawan tetapi jahat. Dia berpura-pura cinta kepada kita, kemudian dia kembali kepada musuh dan meninggalkan kita yang kesedihan dan berputus asa.
Inilah wajah dunia.
Seorang guru telah menasihati Ibrahim ibn Adham dengan mengemukakan beberapa nasihat iaitu:
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makannya janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya.
3. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
4. Orang yang melupakan hal kematiannya janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
5. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
6. Orang yang mencari keredaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredaan Allah kepadanya.
Demikianlah nasihat gurunya kepadanya.
Tafakur
Senjata seterusnya untuk membentengi Iman dan menyuburkan cinta kita kepada Allah Taala ialah tafakur.
Merenung memikirkan ciptaan Allah. Ambil sejenak waktu, renunglah bahawa dahulunya dunia ini tidak wujud dan di masa akan datang ia akan sirna lenyap sama sekali! Maka nampaklah betapa dunia ini berupa tipuan belaka. Tiada kalimah yang dapat diungkapkan untuk menjelaskan betapa ruginya mereka yang menganggap dunia ini tempat kediamannya yang tetap dan kekal. Membuat rancangan untuk sepuluh tahun mendatang, sedangkan mungkin dia akan berada di dalam kubur dalam tempoh sepuluh hari sahaja lagi! Siapa tahu?
Siapa yang membiarkan dirinya ditenggelamkan lautan keindahan dunia fana ini, dihempas ombak nafsu yang menggila, suatu saat nanti tangannya akan menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya dan kemudian memuntahkan semula! Kelazatannya hilang sirna. Bagai helang yang hilang sayapnya.
Harta semakin betimbun. Jiwa semakin rimas mencecah usia tua. Sayangnya untuk meninggalkan kemewahan yang selama ini dikecapi. Semakin pedih dan sedihlah hendak meninggalkan semua itu. Kelak tidak berharga serimis pun!
Kepedihan meninggalkan dunia, di Akhirat juga akan terasa pedihnya. Kebahagiaan saat meninggalkan dunia, di Akhirat pun ada bahagia menanti. Insya-Allah.
Janganlah teragak-agak lagi untuk menjernihkan hati. Baikilah hubungan kita dengan Allah. Usah dicemari lagi, semoga Dia menjaga hati juga jiwa juga roh kita kesemuanya.
(Rujukan: Al-Hub ila Allah karangan Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi , Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir Abdul Mutalib)
- Artikel iluvislam.com
Petua Untuk Sedapkan Tempoyak Ikan Patin
1. Basuh ikan patin dengan cuka dan toskan.
2. Tumbuk kunyit hidup, cili api, bawang merah, bawang putih dan garam.
3. Perap bahan tumbuk dan daun kesom bersama ikan patin selama 15 minit, masukkan tempoyak, ikan, dan air.
4. Selepas itu anda boleh masak tempoyak ikan patin.
Label:
Tips Memasak
Subscribe to:
Posts (Atom)