Monday, December 12, 2011

Alkisahnye bila dah bgelar bini org ni kenalah pandai n rajin memasak.. 
percubaan pertama.. 
Blueberry Cheestat... sedappp.. menjadi..suka2... design lain sikit la dr org lain.. nak wak corak bunga x mjadi... last skali jadi cam gini.. kira ok r tu :D..
 jom salin resepi jap.. 

































BLUEBERRY CHEESTAT 
Sweet Pastry
Bahan A

200 g mentega

100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.
Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega


Bahan B
1 biji telur
Bahan C
25 g whipping kream (alkisahnye aku telah mbazirkn duit aku beli satu kotak gunanye cipuk je..x tau da nak wak pe dgn benda alah ni..huhuhu)
Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri (guna garfu cam P.Ramlee cucuk mata tu huhuhu.. ) dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair) .. 

No comments: