Allah SWT yang maha pemurah memberikan pahala yang sangat besar kepada insan yang membaca AL-Quran. Setiap 1 huruf ada pahalanya dan setiap 1 ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama diantara satu sama lain.
Pahala setiap huruf Al- Quran ini dijelaskan dalam bentuk sebuah hadis dari Ibn Mas'ud dari Rasulullah s.a.w :
"Barang siapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh gandanya. Aku tidak mengatakan alif, lam, mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis .
Rasulullah bersabda :
"Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan orang yang lalai" (riwayat Abu Hurairah r.a)
" Sesiapa yang memelihara solat fardhu tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan dalam golongan yang taat." (riwayat Abu Hurairah r.a)
Bagi yang mendengar pula bacaan ayat-ayat suci Al-Quran itu tadi juga mendapat bahagian pahalanya :
"Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada al-Quran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat."
Sesungguhnya , membaca al-Quran ini merupakan satu jenis pelaburan saham akhirat yang tidak memerlukan modal yang besar . Marilah kita bersama-sama merebut "saham akhirat" ini kerana "dividen dan bonusnya" sangat besar dan membantu kita apabila kita memerlukan di akhirat kelak..
No comments:
Post a Comment